Laman Utama

1 October 2011

Salsilah Wan ismail Bin Wan Setapa

Sekitar Tahun 1800-an:
   Wan Ismail bin Wan Setapa mengikut cerita lisan anak bongsunya Wan Fatimah bte Wan Ismail kepada penulis, di percayai berasal dari kg Padang Lahar Pulau Chondong-Machang Kelantan.Sekitar usia 20-30an beliau dikatakan berhijrah dari kg padang Lahar ke Tanah Merah Kelantan(sekitar Bukit Panau/Kbg gendang) untuk mencari rezeki.
  Mengikut cerita Wan Fatimah lagi,salsilah moyang moyang beliau dikatakan berasal dari  Patani,Selatan Thai.Salsilah mereka juga di percayai dari keturunan Arab.Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini tidak di ketahui secara jelas mereka ini berasal dari "Kabilah" yang mana,kerana setahu penulis melalui pembacaan dan kajian bersama sahabat-sahabat yang juga keturunan Sayyid dan kerabat Diraja Kelantan,suatu  masa dahulu terdapat ramai Kabilah Arab yang berhijrah ke Nusantara,khususnya Kemboja(champa) &Patani dalam rangka penyebaran Islam dan sebagainya.
Melalui cerita lisan yang disampaikan ini, dapat penulis simpulkan bahawa  sememangnya terdapat kebenaran dakwaan ini,kerana pengamatan penulis masih ada di antara waris waris kita yang masih mengenal dan mengekalkan identiti asal moyang moyang terdahulu.melalui pengamatan wajah dan fizikal waris waris, juga dapat penulis simpulkan bahawa darah keturunan arab masih mengalir dalam diri waris semua.

  Wan Ismail  bertemu jodoh dengan seorang wanita yang bernama Mek yah.Hasil dari perkongsian hidup pasangan ini,mereka di kurniakan 5 orang anak.iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan.berikut di perturunkan  nama anak anak mereka berserta tahun kelahiran mereka.

Wan Ismail bin Wan Setapa:
1-Wan Mamat Bin Wan Ismail Bin Wan Setapa-
2-Wan Kelsum Bte Wan Ismail Bin Wan Setapa-
3-Wan Munah Bte Wan Ismail Bin Wan Setapa-
4-Wan Omar Bin Wan Ismail Bin Wan Setapa-1921
5-Wan Fatimah Bte Wan Ismail Bin Wan Setapa-1922@1923